Thursday, June 3, 2010

READ OK


CUBA KITE BAYANGKN!!
Kite menghadapi sakaratul maut,malaikat YG BERNAMA 'IZRAIL'
dtg pd kite tepat pd waktunye apabila d suruh ALLAH S.W.T, Bile pokok
kite tumbang,daun kite telah gugur,lalu kite meningal dunia,kte d
mandikan dan di kafankn..lalu kite d sembahyangkn di masjid atau di surau.tiba d tanah
perkuburan,kite d masukn liang lahad sedalam 7kaki dan 3lebar,lalu d timbuskn
kembali tanah nyer.semuanya selesai kte d bacakn surah YASSIN oleh
manusia yg masih hidup d atas bumi ini.lalu sdah tamat ksemuanya selesai,
lalu kite d tgglkn setelah beberapa
langkah mereka pergi,ALLAH S.W.T berkuasa segala2nya meniupkn kembali
ROH kite ke jasadnya.kite kmbali hidup d dlm alam kubur ,baik amaln kite
d terangkn cahaya, yg gelap ke terang ..buruk amaln seluruh gelap gelita.
lalu itu dtgnyer bunyi aneh yg
berhampiran kite iatu MALAIKAT MUNGKAR DAN NAKIR ,apa kamu semua buat?dgn bunyi yg aneh
semakin kuat,kte tntu memangil nama org tua kte kan MAK AYAH!!!skuat2nye
krn dlm ketakutan yg amat sgt2..kite nk lari kmana masa 2 kite xdpt..krn tmpat tidur
kite sebesar kite jer ruangannyer..ini lah masanyer kite d timbangkn amalan d dunia
apa yg kite buat di persoalkn kembali.ksalahan baik dan kesalahn buruk kite.
mane yg tdk dpt d jawabkn kte di sebat dan d pukul oleh pesuruh ALLAH iaitu
MALAIKAT MUNGKAR DAN NAKIR yg akn mempersoalkn kite di alam kubur d sana..

**saya buat semua ini semata2 utk menyedarkn manusia yg masih d atas bumi ini,yg
masih hidup ...
bknlah semata2 sy hndak menunjuk2 yg sy berhati mulia ..tdk semua manusi pasti
melakukan kebaikn ....pasti ada kasalahan jga kn......
OK BERI COMMENT MANA YG SILAP K TQ .......................................





Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah sahaja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka. Iaitu :

Jibrail : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi.
Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi.
Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.
‘Izrail : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat.
Mungkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.
‘Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan.
Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga.
Malik : Tugasnya menjaga neraka.

Rukun iman yang ketiga ialah percaya kepada Malaikat.

Firman Allah I berikut:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya.
(Surah al-Baqarah: 285)

Daripada ayat ini jelaslah dinyatakan bahawa iman kepada malaikat sangat tinggi kedudukannya iaitu selepas beriman kepada Allah. Ini bermakna salah faham dan kekeliruan akidah seseorang terhadap malaikat adalah sesuatu yang sangat besar impaknya terhadap akidah seseorang.

Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Ia berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah. Malaikat itu tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.

Firman Allah Ta’ala Surah At Tahrim ayat 6:

Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang DIA perintah kepada mereka, dan mereka membuat apa jua perintah oleh-NYA.

Malaikat dijadikan Allah untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap tugasan yang diberikan Allah kepada Malaikat, akan dilakukan oleh Malaikat tanpa kompromi. Maaikat akan taat kepada perintah ALLAH sahaja.

Zaman sekarang, sudah ada orang yang mendakwa mampu menghalang tugas Malaikat. Ada yang mendakwa boleh “slow talk” dengan 'Izrail untuk tidak mencabut nyawa seseorang. Sedangkan ‘Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa, apabila sudah sampai ajal seseorang sebagaimana yang tertulis di Lauh Mahfuz, 'Izrail akan menjalankan perintah yang Allah arahkan dengan mencabut ajal makhluk tersebut, tidak cepat sesaat dan tidak lewat sesaat. Begitulah yang diperjelaskan dalam ilmu Tauhid Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Jelas menunjukkan dakwaan ahli bidaah ini bertentangan dengan Al Quran Surah At Tahrim ayat ke 6. Sekaligus kenyataan dan dakwaan mereka telah membatalkan keIslaman dan keimanan mereka.

Begitu juga dakwaan sesetengah pihak dan ahli bidaah, bahwa Tok Guru mereka akan menjawabkan soalan Mungkar dan Nakir di alam kubur. Allah memerintahkan Mungkar dan Nakir menyoal yang empunya diri bukan menyoal orang lain bagi pihak orang lain. Kalau Si A, Mungkar dan Nakir akan menyoal Si A. Malaikat Mungkar dan Nakir tidak akan menyoal Si B bagi pihak Si A. Kerana malaikat akan menurut titah perintah Allah dan bukannya titah perintah makhluk.

Andainya ada pihak yang mempercayai dan meyakini bahwa Tok Guru mereka mampu menjawabkan soalan Mungkar dan Nakir untuk mereka, nyata sekali kejahilan yang melampau tentang aqidah dan rukun iman. Rosak binasalah keimanan dan keislaman mereka kerana kejahilan. Sedangkan Allah SWT jelas menyatakan di dalam Al Quran bahawa para malaikat adalah makhluk-NYA yang taat hanya kepada-NYA, bukan kepada manusia.

Apa yang terjadi di akhir zaman ini telah membuktikan bahwa betapa hebatnya ulamak muktabar di zaman salafussoleh khususnya Imam Al Asy’ari dan Imam Al Maturidi dalam menyusun ilmu Tauhid untuk menjadi panduan umat Islam sepanjang zaman. Mereka mampu merasakan umat Islam di akhir zaman akan ditipu oleh ahli bidaah yang menjadi kuncu-kuncu Dajjal laknatullah. Maka disusun ilmu Tauhid akan sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Mereka susun sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi para Nabi dan Rasul. Imam-imam yang dirahmati Allah itu menysusun nama-nama Malaikat dan tugasan para malaikat. Kesemuanya disusun dengan teratur bersama dalil aqli dan naqlinya. Agar umat Islam yang terkemudian dan jahil-jahil macam kita ini terselamat dari fitnah dajjal dan ahli bidaah.



Jadi saudara-saudari sekelian. Perbetulkanlah fahaman kita. Sempena bulan Rabiul Awwal atau bulan Mawlidur Rasul, bersama-samalah kita memperkemaskan kefahaman tentang ilmu Fardhu Ain yang wajib kita pelajari, fahami, hayati dan amalkan. Di samping menambah amalan sunat di bulan yang penuh berkat, jangan sampai diabaikan pengajian Fardhu Ain yang sememangnya diwajibkan ke atas kita, demi menyuluh perjalanan menuju ke negara yang kekal abadi.

No comments:

Post a Comment